Sunday, 11 November 2012

Featured in Metro 28/9/2012


Mempelai langsing, anggun

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ALA PUTERI...dipenuhi manik pada bahagian hadapan kasut.
ALA PUTERI...dipenuhi manik pada bahagian hadapan kasut.
SELAIN pakaian pengantin, pemilihan sepatu dalam persandingan tidak harus dipandang ringan. Selain berperanan memberikan keselesaan kepada si pemakai, pelindung kaki ini mampu memberikan imej menawan, segar dan memikat terutama apabila berjalan menuju singgahsana bersama pasangan.
Biasanya sepatu dihasilkan sedondon dengan pakaian, tetapi ada juga yang berlainan warna mengikut kegemaran pengantin. Apa yang menyerlahkan sepasang sepatu bukan saja pada warna, tetapi fabrik dan perhiasan digunakan. 
   
  • FotoINDAH...pilihan untuk mereka yang gemarkan rona ungu.
  • FotoBIRU FANTASI...warna memikat mampu memberikan kelainan kepada mempelai.
  • FotoMANIK...elegan dengan perincian manik pada hadapan dan belakang kasut.
  • FotoANGGUN...bertambah langsing dengan rekaan ringkas dan memikat.
  • FotoRINGKAS...tampil ringkas dengan tampalan bunga pada sisi kasut.
  • FotoSEGAR...rona segar cetus kelainan.
Berkonsepkan Golden Touch I, Galeri Saiful Sin Couture memperkenalkan rekaan sepatu unik inspirasi daripada gaya segar dan menawan. Pemilihan warna memainkan peranan penting apabila jenama ini mengetengahkan rona terang seperti biru, kuning keemasan, hijau, merah dan merah jambu pada sepasang sepatu bersama perincian manik pada hadapan dan sisi kasut.

Rekaan unik dan memikat ilham dua pereka muda, Saiful Amar dan Saiful Alif ini sesuai digayakan mempelai sama ada untuk majlis perkahwinan di taman atau dewan.

“Mempelai pasti mengimpikan sepatu khayalan dengan sedikit kelainan pada potongan serta perincian manik digunakan.

“Justeru, menerusi sedikit tinjauan kami akur dengan sedikit sentuhan glamor, moden dan elegan yang menjadi inspirasi dalam menghasilkan rekaan,” ujar Saiful Amar.

Menampilkan lapan rekaan kasut dengan warna terang disulami perincian manik pada bahagian tertentu, setiap padanan berada dalam kelas tersendiri. Lebih penting kasut digayakan mampu membuatkan mempelai bertambah langsing dan anggun.

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat tempahan mengikut rekaan serta warna pilihan di Galeri Saiful Sin, Shah Alam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Hubungi Kami

Mr Abhar
010 - 439 5557

Gallery Office
03 - 55232448

Email
saiful.sin.couture@gmail.com

Address
No 29-G, Jalan Pahat J, 15/J,
Dataran Otomobil,
Seksyen 15, Shah Alam

Where Your Perfect Dream Comes Alive !


1 comment: