Saiful Sin 1st RTW for Fashionista in Malaysia
Inspirasi baju kurung Kedah
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
sitizarinah@hmetro.com.my
BAGI sesetengah pereka, gabungan ciri tradisional dan moden dalam penghasilan rekaan amat dititikberatkan. Ini kerana keupayaan dalam melahirkan idea berpandukan kedua-duanya akan menampilkan helaian yang bukan saja indah malah bersifat ideal untuk sesiapa saja.
Ciri tradisional pada helaian dapat dilihat menerusi potongan yang sopan dan memikat, juga pada pemilihan rona serta fabrik digunakan. Dalam pada itu, penambahan unsur moden dengan perincian perhiasan, potongan serta kekemasan menjadi asas dalam penghasilan busana yang bersifat elegan dan menawan.
Bagi pereka Saiful Sin, ciri tradisional yang ditonjolkan pada baju kurung Kedah dan kebaya amat manis dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Ini kerana gaya sopan dengan potongan kembang pada bahagian bawah menambah nilai feminin pada wanita.
Mengambil inspirasi daripada baju kurung Kedah, Saiful Sin mengetengahkan koleksi Candylicous 2013 dengan menampilkan warna ceria sebagai ilham terkininya.
Keistimewaan pereka muda ini apabila bijak mengetengahkan potongan pendek baju kurung Kedah tetapi diberi sentuhan moden menerusi penampilan baju kembang bawah sama ada pada fabrik bercorak atau polos.
Pemilihan fabrik kapas liberty bersama gabungan linen bermotifkan bunga-bungaan menjadi pilihan pereka dalam menonjolkan karakter si pemakai. Malah setiap padanan diberi nafas baru bertemakan gaya vintaj.
“Saya sengaja memilih rona terang seperti merah jambu, biru, ungu dan hijau bagi memberikan imej segar dan berlainan kepada si pemakai. Penggunaan ton kumpulan warna senada digabungkan dalam setiap rekaan menjadi formula asas dalam penghasilan karya,” katanya.
Candylicous menampilkan lima rekaan yang sesuai digayakan ke pejabat, majlis keraian mahupun pakaian seharian. Setiap padanan direka lebih fleksibel untuk disuai padan sama ada dengan skirt atau seluar berpotongan skinny.
Selain bercorak bunga yang menampilkan sisi feminin seorang wanita, terdapat juga rekaan gaya ketenteraan menggunakan fabrik kapas dengan corak berjalur hijau dan putih yang menambat hati wanita.
“Bagi mereka yang berani menggayakannya, koleksi kali ini menambah keanggunan terutama untuk wanita langsing. Jangan bimbang pada rona terang kerana setiap pakaian menggunakan nada warna yang disukai ramai,” jelasnya.
Koleksi Candylicous boleh didapati di galeri fesyen Saiful Sin di Shah Alam, pada harga berpatutan dan rekaan terhad. Pelanggan juga boleh mengunjungi facebook dengan menaip Saiful Sin Designs.
Panduan memilih pakaian bercorak:
Bagi wanita bertubuh comel, elakkan memilih pakaian berbunga besar kerana ini hanya akan membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi dan montel. Sebaliknya pilih bunga-bunga kecil bagi menyembunyikan kekurangan tubuh.
Elakkan padanan baju atau seluar berbunga. Ia akan nampak seperti pokok bergerak. Sebaiknya pastikan sama ada anda mengenakan blaus polos bersama seluar berbunga atau sebaliknya.
Pemilihan rona terang juga tidak menjadi masalah asalkan yakin memakainya. Ingatlah keyakinan akan membuatkan si pemakai tampil anggun walau apa saja padanan mereka.
Bagi menampakkan tidak terlalu kosong, pilih perhiasan seperti rantai dan gelang berlainan warna dengan pakaian. Ini akan menonjolkan kelebihan anda.
Untuk padanan blaus bersama skirt, pilih beg comel bersesuaian untuk menghadiri majlis rasmi. Bagi yang inginkan gaya santai, padankan blaus bersama seluar atau bawa beg silang atau genggam untuk menonjolkan keanggunan.
Ciri tradisional pada helaian dapat dilihat menerusi potongan yang sopan dan memikat, juga pada pemilihan rona serta fabrik digunakan. Dalam pada itu, penambahan unsur moden dengan perincian perhiasan, potongan serta kekemasan menjadi asas dalam penghasilan busana yang bersifat elegan dan menawan.
Bagi pereka Saiful Sin, ciri tradisional yang ditonjolkan pada baju kurung Kedah dan kebaya amat manis dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Ini kerana gaya sopan dengan potongan kembang pada bahagian bawah menambah nilai feminin pada wanita.
Mengambil inspirasi daripada baju kurung Kedah, Saiful Sin mengetengahkan koleksi Candylicous 2013 dengan menampilkan warna ceria sebagai ilham terkininya.
Keistimewaan pereka muda ini apabila bijak mengetengahkan potongan pendek baju kurung Kedah tetapi diberi sentuhan moden menerusi penampilan baju kembang bawah sama ada pada fabrik bercorak atau polos.
Pemilihan fabrik kapas liberty bersama gabungan linen bermotifkan bunga-bungaan menjadi pilihan pereka dalam menonjolkan karakter si pemakai. Malah setiap padanan diberi nafas baru bertemakan gaya vintaj.
“Saya sengaja memilih rona terang seperti merah jambu, biru, ungu dan hijau bagi memberikan imej segar dan berlainan kepada si pemakai. Penggunaan ton kumpulan warna senada digabungkan dalam setiap rekaan menjadi formula asas dalam penghasilan karya,” katanya.
Candylicous menampilkan lima rekaan yang sesuai digayakan ke pejabat, majlis keraian mahupun pakaian seharian. Setiap padanan direka lebih fleksibel untuk disuai padan sama ada dengan skirt atau seluar berpotongan skinny.
Selain bercorak bunga yang menampilkan sisi feminin seorang wanita, terdapat juga rekaan gaya ketenteraan menggunakan fabrik kapas dengan corak berjalur hijau dan putih yang menambat hati wanita.
“Bagi mereka yang berani menggayakannya, koleksi kali ini menambah keanggunan terutama untuk wanita langsing. Jangan bimbang pada rona terang kerana setiap pakaian menggunakan nada warna yang disukai ramai,” jelasnya.
Koleksi Candylicous boleh didapati di galeri fesyen Saiful Sin di Shah Alam, pada harga berpatutan dan rekaan terhad. Pelanggan juga boleh mengunjungi facebook dengan menaip Saiful Sin Designs.
Panduan memilih pakaian bercorak:
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09
Hubungi Kami
Mr Abhar
010 - 439 5557
Gallery Office
03 - 55232448
Email
saiful.sin.couture@gmail.com
Address
No 29-G, Jalan Pahat J, 15/J,
Dataran Otomobil,
Seksyen 15, Shah Alam
Where Your Perfect Dream Comes Alive !
No comments:
Post a Comment