Dengan memegang konsep ‘Fresh & Vibrant’ kali ini Saiful Sin memperkenalkan koleksi sepatu ‘Golden Touch I’. Koleksi ini menampilkan 8 rekaan yang memukau dan beridentitikan sentuhan Saiful Sin, berilhamkan rona terang dan perincian yang unik dan segar, ‘Golden Touch I’ serasi dengan pemakainya yang mengimpikan sepatu khayalan dan tampak berlainan pada hari bahagia.
Himpunan sepatu ‘Golden Touch I’ ini bercirikan moden dan fantasi, dimana rekaan kasut ini berpotongan moden seperti ‘Peep Toe’ & ‘Pump Shoes’. Dengan menggunakan fabric jenis Suede, Casco Leather & PU Leather, rekaan ini kelihatan kemas dan sempurna apabila berada disetiap langkah wanita yang menggayakan rekaan ini. Diserikan lagi dengan sentuhan perincian identiti Saiful Sin, iaitu sarat dengan butiran mutiara, kilauan Swarovski serta Percikan Kristal sekali gus membuatkan rekaan ini tampil unik dan fantasi.
Kepada mereka yang ingin mendapatkan koleksi sepatu ‘Golden Touch I’ ini, anda boleh mendapatkannya secara tempahan baru. Warna, saiz serta rekaan perincian boleh diubah mengikut citarasa anda.
Hubungi Kami
Mr Abhar
010 - 439 5557
Gallery Office
03 - 55232448
Email
saiful.sin.couture@gmail.com
Address
No 29-G, Jalan Pahat J, 15/J,
Dataran Otomobil,
Seksyen 15, Shah Alam
Where Your Perfect Dream Comes Alive !